No more F5 Batch 0812 :(
Lol macam tak percaya dah nak masuk bulan 12 and dah nak bukak sekolah dah pun . Harap harap tahun depan saya dah tak homesick kan . Amin :) hekhek agaklah dah form2 pun nak homesick lagi . Takde punya lah kan . Lepas nie form5 pun dah takde . Sedihnya . Dah lah time orientasi , paling kenal form5 lah . Form lain tak berapa kenal sangat . Yang selalu jaga kelas kitorang and suka masuk hampir setiap prep malam . Thanks abang syahmi , abang ali , abang nazmi , abang cheng , abang amir farid , abang sufian and sesiapa lagi . Coklat Hershey's pun kami hargai . Ianya sedap ! :D Thankyou abang syahmi . Kak ain and Abang afiq . Ketua yang paling kami semua akan ingat . Abang ali and Kak farahin rambedan , the best captain satria ever . Terima kasih . Walaupun tak menang tahun nie tapi takpe kan cheer and lagu satria kita tetap the best ! Janji kita happy :)
Sumpah dah rindu dengan diorang . Mula mula kan rasa macam dah nak pindah tahun depan , dah tekad lah kan then bila tengok form5 macam tu and plus tengok gambar and video diorang dalam fb . Rasa macam ya allah bestnya sekolah asrama nie , and untung pun ada jugak lah rasa . Interview masuk universiti , ditawarkan untuk budak asrama dulu . Sekolah menengah biasa mana ada . Hmm . And rasa betapa kawan nie amat penting untuk kita , sebab setiap masa kita akan pandang muka diorang , dekat dorm , tandas , sekolah , kelas , dewan makan . Haha . And kita perlukan sorang kawan yang paling rapat ngan kita untuk sentiasa kat sisi kita saat kita perlukan dia or dia perlukan kita . Lol rasa nak menangis . Tisu ! Tisu !
Masa malam last dengan form5 tu semua kumpul luar dorm like having 'party' sekejap dengan diorang . Form3 nyanyikan lagu . Form2 nyanyikan lagu . Form4 nyanyikan lagu . But sampai jea turn kitorang Form1 baru nak nyanyikan , alah warden kacau . Suruh semua orang masuk dorm . Hmm jahat :( baru nak nyanyi lagu 'cinta matiku' untuk Form5 . Kitorang semua dah kumpul kat aras 3 dah nak nyanyi then tetibe warden masuk asrama and jerit jerit then lights off . Actually kitorang dah plan nak nyanyi lagu 'memori tercipta' but Form2 dah nyanyi . So punya fikir fikir then tak sempat sebab tu warden dah jerit dulu . Its okay lah :')
Siapa yang kakak angkat tahun nie dah menangis dah berpisah . Tahun depan kami pulak siapa kakak angkat yang form4 tahun nie . Sumpah menangis gila masa yang malam abang afiq suruh salam salam F5 tu . Tengok opah peluk kak farahin . Menangis gila dia . Lily yang taiko tak menangis tu pun boleh menangis tengok opah . Wah hebat :') Goodluck untuk spm form5 , kami junior junior ini mendoakan kejayaan akak dan abang . 'Fasya' goodluck ! :D
Abg Fasya ? Sumpah sakai. xD
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete