summer love - one direction

Friday, 18 January 2013

Year 2013 !

    Yeah , akhirnya dah masuk tahun 2013 . Welcome 2013 ! So ape azam baru korang ? Haha . Azam saya nak naikkan ranking , markah and naik kelas berlian balik . Insyaallah . Bila lalu jea depan kelas berlian kan rasa malu jea sebab turun kelas . Yea lah yang turun nya tak ramai pun , agak ramai lah jugak yang stay berlian . Hmm its okay , jatuh sekali tak bermakna jatuh untuk selama lamanya kan ?

    Sekarang bila dah jadi form2 macam rasa rileks sikit . Yea lah kalau tak dulu semua kitorang yang buat kan sebab form1 paling junior . Tapi kan agak best lah jadi form1 . Macam hubungan lagi rapat tau , banyak aktiviti yang kena buat sama sama . Rindu nak kemas surau , susun kerusi kat dp / dewan prima untuk assembly esok and persekitaran tak rindu . haha . And rasa macam best and excited gila time tengok form1 kena jerit jerit dek senior . Yea lah dulu kan kitorang yang kena kat tengah aspuri tu and semua tengok dari koridor and sekarang giliran kitorang pulak yang tengok :) betul cakap akak senior tu ''hidup kita kat sini macam bumi , dia berputar and ada sesekali kita di bawah and nanti kita pulak kat atas'' .

     Oh yaa sekarang kan rasa best gilaa duduk kat cempaka 3 . sumpah senior baik and sporting sporting . syot pun kata 'aku rasa nak batak lah sebab duduk kat cempaka 3' . hahaha . kitorang sekarang dah boleh pakai t-shirt masa nak pergi solat subuh and pakai selipar . yea lah dulu kan nak turun subuh kena siap pakai baju sekolah terus , yay takde lah kedut kedut . bukak tudung pun dah boleh dah dalam surau , tapi takde lah tayang tayang just bukak tudung and terus pakai telekung lah . sejuk lah sikit kan :) sumpah best jadi senior ! tak sabar sabar nak tunggu 2016 , jadi form5 . and kitorang lah paling senior ! boleh buat apa jea and sesuka hati . okayfine sabar and tunggu fawa . sekejap jea lagi .

     And And , sekarang dah tengah proses pbs dah nak berjalan . so kena lah siap siap kan diri semua untuk menghadapi pbs itu yaa . harap harap lah tak jadi macam tahun lepas , banyak gilaa and akhir akhir tahun tu terus semua kelam kabut nak siapkan pbs . tahun depan tahun last pbs kami . hohohoho betapa lah seronoknyaa hidup ! kami takde pmr :3 orang sebelum nie jerit yay 8A 8A . kitorang nanti jerit yay Band6 Band6 . haha pelik bebeno bunyinyaa . bangga okay jadi batch pertama yang menghadapi pbs ini sebenarnya .

okay goodbyee :)

 

   

Tuesday, 27 November 2012

The Exuberance Melati 1 2012 :O


    Entah mengapa rasa macam rindu pulak dekat ahli dorm melati 1 . damia , mira , fai , zatil , ika , farah , wani , fatin , nuri , shikin , mika , opah , tipah , syot , emy , aween , nina and zu . rindu time balik bermalam , makanan yang diorang bawak letak kat meja tengah tengah and semua mesti rebut nak makan . coklat yang ika bawak . rindu semua tu ! 

remember this guys , love is temporary but friends are forever .

     Rindu time persekitaran kena buat sebelum pergi sekolah . aku mesti nak buat kat luar sebab kat dalam banyak sangat kerja and kat luar jalan jalan jea takde sape jaga . pastu pergi dekat guard tu lah , tengok cendawan then sepak sepak sampai macam keluar asap . sumpah best . dah macam taik apa dah tengok cendawan tu lagi lagi kalau kena hujan . haha . 

     Melati 1 Forever .  

MAHA 2012













     Sumpah best kot pergi MAHA . Lagipun nie first time pergi . Dengan family pulak tu :) Yang tak best nya time nak berebut naik bas or train ngan orang orang kat situ . Naik train boleh tahan lagi kalau naik bas tu sudah tidak tertahan lagi saya . Macam macam bau ada . Haha maklumlah sesak dalam tu kan . And ada yang lawak masa naik bas , driver bas tu pergi tutup pintu bas orang yang ada kat pintu bas tu hampir hampir nak terkepit kepala dia . Ya Allah sumpah seram , pastu dia menjerit . 'Woi nak tutup tu cakaplah dulu , nak putus kepala orang ke' . Driver bas pulak cakap , 'dah cakap kan' padahal mana ada . mengaver malu . Kahkah XD then tak sampai lagi tempatnya bas tetibe berhenti driver cakap 'turun turun , rupanya minyak habis' . lol gila habis macam mana takkan nak suruh kitorang semua jalan kaki kot dah lah jauh , problem betul lah bas nie . Ada pak cik mana ntah cakap 'apelah , kata nak tolong rakyat !' sumpah aku dah gelak gelak kat situ . And kat situ macam macam rumah ada banyak negeri . Masuk jea boleh dapat rasa makanan kat situ . And kat sana jugak saya mengenal apa itu laksa sarawak . Agak sedap ah RM5 jea . Rupanya dia bukan guna laksa dia mihun and kuah nya adalah macam laksa johor . Tahu tak ? Dia macam kuah kari sikit and ada udang . Nyum nyum dah lah beli satu jea memang berebut aku dengan adik aku . Wakakaka :D And time pergi kat tempat ular tu sumpah aku takut gila . Ada ke orang tu cakap nak pegang tak , tangkap gambar ? Oh no lah ! banyak lagi haiwan lain yang boleh dipegang but not ular . Saya bukan pencinta haiwan . Geli gila lagi lagi ular , katak . Eee -..- Adik aku sumpah berani masuk masuk jea terus melilit kat kepala dah macam rantai aku tengok . Eee mak aku pulak dah nak muntah muntah . Ayah pulak lilit ular warna kuning besar pulak tu -..- mengapalah mereka sangat berani . Oh ye kat rumah perak kan , dapat rasa sup rusa . Tapi kan saya rasa daging tu macam daging biasa jea . Takda rasa yang pelik pelik pun . Haha ape ape pun patut pergi kat sana and enjoy :) 

No more F5 Batch 0812 :(

     

   Lol macam tak percaya dah nak masuk bulan 12 and dah nak bukak sekolah dah pun . Harap harap tahun depan saya dah tak homesick kan . Amin :) hekhek agaklah dah form2 pun nak homesick lagi . Takde punya lah kan . Lepas nie form5 pun dah takde . Sedihnya . Dah lah time orientasi , paling kenal form5 lah . Form lain tak berapa kenal sangat . Yang selalu jaga kelas kitorang and suka masuk hampir setiap prep malam . Thanks abang syahmi , abang ali , abang nazmi , abang cheng , abang amir farid , abang sufian and sesiapa lagi . Coklat Hershey's pun kami hargai . Ianya sedap ! :D Thankyou abang syahmi . Kak ain and Abang afiq . Ketua yang paling kami semua akan ingat . Abang ali and Kak farahin rambedan , the best captain satria ever . Terima kasih . Walaupun tak menang tahun nie tapi takpe kan cheer and lagu satria kita tetap the best ! Janji kita happy :)

       Sumpah dah rindu dengan diorang . Mula mula kan rasa macam dah nak pindah tahun depan , dah tekad lah kan then bila tengok form5 macam tu and plus tengok gambar and video diorang dalam fb . Rasa macam ya allah bestnya sekolah asrama nie , and untung pun ada jugak lah rasa . Interview masuk universiti , ditawarkan untuk budak asrama dulu . Sekolah menengah biasa mana ada . Hmm . And rasa betapa kawan nie amat penting untuk kita , sebab setiap masa kita akan pandang muka diorang , dekat dorm , tandas , sekolah , kelas , dewan makan . Haha . And kita perlukan sorang kawan yang paling rapat ngan kita untuk sentiasa kat sisi kita saat kita perlukan dia or dia perlukan kita . Lol rasa nak menangis . Tisu ! Tisu !

         Masa malam last dengan form5 tu semua kumpul luar dorm like having 'party' sekejap dengan diorang . Form3 nyanyikan lagu . Form2 nyanyikan lagu . Form4 nyanyikan lagu . But sampai jea turn kitorang Form1 baru nak nyanyikan , alah warden kacau . Suruh semua orang masuk dorm . Hmm jahat :( baru nak nyanyi lagu 'cinta matiku' untuk Form5 . Kitorang semua dah kumpul kat aras 3 dah nak nyanyi then tetibe warden masuk asrama and jerit jerit then lights off . Actually kitorang dah plan nak nyanyi lagu 'memori tercipta' but Form2 dah nyanyi . So punya fikir fikir then tak sempat sebab tu warden dah jerit dulu . Its okay lah :')  

      Siapa yang kakak angkat tahun nie dah menangis dah berpisah . Tahun depan kami pulak siapa kakak angkat yang form4 tahun nie . Sumpah menangis gila masa yang malam abang afiq suruh salam salam F5 tu . Tengok opah peluk kak farahin . Menangis gila dia . Lily yang taiko tak menangis tu pun boleh menangis tengok opah . Wah hebat :') Goodluck untuk spm form5 , kami junior junior ini mendoakan kejayaan akak dan abang . 'Fasya' goodluck ! :D