summer love - one direction

Sunday, 25 November 2012

Lepak Time :)




      










    Mule mule datang jea dah macam orang gile . Pusing pusing sini sana kat tasik tu tembus plaza shah alam padahal nak pergi kompleks . Dah lah jalan kaki sumpah penat gila lah weh . Mula mula sampai kat plaza shah alam . Mencari tempat bowling , bila dah masuk tempat tu . Saya tanya lah diorang jomlah main , diorang kata alah ramai orang lah . Tak syiok lah . Eh memang lah ramai orang nama pun tempat awam . Nak tunggu takde orang bila nya wahai kawan kawan :3 So keluar lah daripada tempat tu . Nak beli aiskrim mcd tu tapi tutup lagi terus lah kitorang blah pergi kompleks pkns shah alam pulak . Saya ingatkan nak kena jalan ikut tasik tu pusing baru nak sampai kompleks memang taklah masa tu rasa macam kaki semua nak tercabut , tambah pulak dah senak perut nasib baiklah diorang cakap tak payah ikut belakang jea dah nampak kompleks tu . Ni lah nasibnya kalau nak jalan tapi takde budget yea jalan kaki lah kami nak pergi mana mana nasib baik tempatnya berdekatan sahaja kalau macam kl tu mampus dikerjakan . Then dah sampai kompleks . Nampak kedai jam , beli jam sekejap lah . Agak cantik lah , saya punya teddy bear , comel tau :D RM10 jea tak beli mahal mahal pun . save bajet lah katakan . Hehe . 

     Pastu kitorang pergi makan kfc breakfast lah kononnya . Makan rice plate sumpah menyesal ikut diorang nie , dah lah takde sup . Tercekik makan nasi tu . Haih nak jea letak air pepsi dalam nasi tu jadikan kuah , haha nasib baik akal boleh berfikir jauh lagi . Pastu dah makan makan tu kitorang pergi kedai buku . Wani biasalah beli e-pop lah . Saya ngan amirah pulak bukannya nak beli , tapi gayakan buku nak tangkap gambar . Semua benda nak ditangkap gambarnya . Tak paham betul :B Pastu kitorang pergi naik atas cari kedai kasut , tengok tengok sandal ngan kasut sekolah untuk tahun depan , Pakai pvc kan , tak boleh tali dan corak bunga bunga segala dah . Kena suci jea pvc tu . Hmm . Bajet banyak duit jea nak beli semua benda kan . Kalau banyak duit berkepul-kepul dalam tangan boleh cite nie kalau setakat bape hinggit , sekadar tengok jea lah sejuk mata memandang kan ? Hikhiks . Pastu turun beli mcflurry tetiba nampak cool blog depan mata . Woaa menjerit kitorang 'alah tak nampak pun ada benda nie tadi' nak jea campak benda mcflurry tu semata mata nak cool blog . Haha memang gila diorang . Nasib saya ada 'dah dah lain kali jea lagipun membazir kalau nak beli jugak sekarang' pastu jalan jalan kat tasik . Tangkap gambar kat sana pulak . Tengok orang tengah mandi kat wetworld menjerit jerit . Oh jealousnya kami . Rasa cam nak terjun tasik jea masuk free kan tak payah bayar . Haha k lawak tak menjadi eh -.- Posing kat buaian sampai malu dah kat orang orang kat situ . 

     Naik seesaw tiga orang bawak laju laju menjerit sini sana , sumpah tak malu anak dara apa nie . Bapak orang tengok jea kitorang . Takpe pakcik kitorang dah lama tak naik benda alah semua nie , kasi can lah ! Pastu sementara nak tunggu parents datang amik lepas asar kitorang pergi naik kayak . Saya ngan wani jea naik , amirah kata tak nak . Eleh takut ke cik adik oi ? XD Tapi kan sebenarnya saya menyesal naik kayak tu . Memalukan betul naik ngan minah peng tu tak dapat nak kawal pendayung tu terlanggar pokok bakau tu . Kitorang dah nak nangis kat situ camne nak gerak nie , takut buaya . Nasib ada abang bot tu cakap 'ke belakang ke belakang' . Mula mula tak paham ape yang ke belakang pastu rupanya dia suruh dayung ke belakang so benda kayak tu akan berundur . Haha nasib lepas . Pastu terlanggar jaring 2 kali depan orang orang ramai yang datang tasik tu . Sumpah memalukan . Muka dah merah dah *blushing* wani wani , tolonglah camne nie . Camne nie ? Dah tak tahan malu tu saya tolak guna tangan akhirnya bergerak jugak kayak itu dengan usaha saya :p not wani . Pastu terlanggar pulak dekat tempat angsa . Ohmygod saya rasa macam nak menangis melolong semua ada kat situ . Nak balik kenapa tak sampai sampai sampai lagi nie . Dah lah takut angsa kat situ . Ianya besar gila dan boleh terbang . Diorang boleh pulak cakap 'alah , angsa pun takut' . Eee tolonglah . Tak tahan dah langgar langgar kalau tak sempat nak kawal guna paddle tu . Akhirnya sampai jugak . Alhamdulillah bersyukur sangat , bangga gila dah sampai tu . Dah lah seluar pun habis basah lenjun dah boleh mandi tasik tu dah . Sebelum balik beli cool blog haus sangat dan penat sangat mendayung benda sengals tu . Tak nak naik dah , free pun tak nak . Trauma saya ! Saya order Chocolate Blog with No Pearl . Tak suka benda tu tak sedap , dah lah banyak . Pastu makan sikit jea dah muak . Tak boleh blah dengar pekerja tu cakap nak pearl ke nak bubble ? Padahal bendanya sama jea , aku dengan senang hati cakap no pearl bubble . Kahkah dia gelak malu lah tu . Dah lah ada nombor giliran macam hospital nun . Dah lah tak suka menunggu menunggu nie . Blergh :p sabar sabar . Then kami balik rumah masing masing . penat tapi syok ! :D

No comments:

Post a Comment