summer love - one direction

Tuesday, 27 November 2012

The Exuberance Melati 1 2012 :O


    Entah mengapa rasa macam rindu pulak dekat ahli dorm melati 1 . damia , mira , fai , zatil , ika , farah , wani , fatin , nuri , shikin , mika , opah , tipah , syot , emy , aween , nina and zu . rindu time balik bermalam , makanan yang diorang bawak letak kat meja tengah tengah and semua mesti rebut nak makan . coklat yang ika bawak . rindu semua tu ! 

remember this guys , love is temporary but friends are forever .

     Rindu time persekitaran kena buat sebelum pergi sekolah . aku mesti nak buat kat luar sebab kat dalam banyak sangat kerja and kat luar jalan jalan jea takde sape jaga . pastu pergi dekat guard tu lah , tengok cendawan then sepak sepak sampai macam keluar asap . sumpah best . dah macam taik apa dah tengok cendawan tu lagi lagi kalau kena hujan . haha . 

     Melati 1 Forever .  

MAHA 2012













     Sumpah best kot pergi MAHA . Lagipun nie first time pergi . Dengan family pulak tu :) Yang tak best nya time nak berebut naik bas or train ngan orang orang kat situ . Naik train boleh tahan lagi kalau naik bas tu sudah tidak tertahan lagi saya . Macam macam bau ada . Haha maklumlah sesak dalam tu kan . And ada yang lawak masa naik bas , driver bas tu pergi tutup pintu bas orang yang ada kat pintu bas tu hampir hampir nak terkepit kepala dia . Ya Allah sumpah seram , pastu dia menjerit . 'Woi nak tutup tu cakaplah dulu , nak putus kepala orang ke' . Driver bas pulak cakap , 'dah cakap kan' padahal mana ada . mengaver malu . Kahkah XD then tak sampai lagi tempatnya bas tetibe berhenti driver cakap 'turun turun , rupanya minyak habis' . lol gila habis macam mana takkan nak suruh kitorang semua jalan kaki kot dah lah jauh , problem betul lah bas nie . Ada pak cik mana ntah cakap 'apelah , kata nak tolong rakyat !' sumpah aku dah gelak gelak kat situ . And kat situ macam macam rumah ada banyak negeri . Masuk jea boleh dapat rasa makanan kat situ . And kat sana jugak saya mengenal apa itu laksa sarawak . Agak sedap ah RM5 jea . Rupanya dia bukan guna laksa dia mihun and kuah nya adalah macam laksa johor . Tahu tak ? Dia macam kuah kari sikit and ada udang . Nyum nyum dah lah beli satu jea memang berebut aku dengan adik aku . Wakakaka :D And time pergi kat tempat ular tu sumpah aku takut gila . Ada ke orang tu cakap nak pegang tak , tangkap gambar ? Oh no lah ! banyak lagi haiwan lain yang boleh dipegang but not ular . Saya bukan pencinta haiwan . Geli gila lagi lagi ular , katak . Eee -..- Adik aku sumpah berani masuk masuk jea terus melilit kat kepala dah macam rantai aku tengok . Eee mak aku pulak dah nak muntah muntah . Ayah pulak lilit ular warna kuning besar pulak tu -..- mengapalah mereka sangat berani . Oh ye kat rumah perak kan , dapat rasa sup rusa . Tapi kan saya rasa daging tu macam daging biasa jea . Takda rasa yang pelik pelik pun . Haha ape ape pun patut pergi kat sana and enjoy :) 

No more F5 Batch 0812 :(

     

   Lol macam tak percaya dah nak masuk bulan 12 and dah nak bukak sekolah dah pun . Harap harap tahun depan saya dah tak homesick kan . Amin :) hekhek agaklah dah form2 pun nak homesick lagi . Takde punya lah kan . Lepas nie form5 pun dah takde . Sedihnya . Dah lah time orientasi , paling kenal form5 lah . Form lain tak berapa kenal sangat . Yang selalu jaga kelas kitorang and suka masuk hampir setiap prep malam . Thanks abang syahmi , abang ali , abang nazmi , abang cheng , abang amir farid , abang sufian and sesiapa lagi . Coklat Hershey's pun kami hargai . Ianya sedap ! :D Thankyou abang syahmi . Kak ain and Abang afiq . Ketua yang paling kami semua akan ingat . Abang ali and Kak farahin rambedan , the best captain satria ever . Terima kasih . Walaupun tak menang tahun nie tapi takpe kan cheer and lagu satria kita tetap the best ! Janji kita happy :)

       Sumpah dah rindu dengan diorang . Mula mula kan rasa macam dah nak pindah tahun depan , dah tekad lah kan then bila tengok form5 macam tu and plus tengok gambar and video diorang dalam fb . Rasa macam ya allah bestnya sekolah asrama nie , and untung pun ada jugak lah rasa . Interview masuk universiti , ditawarkan untuk budak asrama dulu . Sekolah menengah biasa mana ada . Hmm . And rasa betapa kawan nie amat penting untuk kita , sebab setiap masa kita akan pandang muka diorang , dekat dorm , tandas , sekolah , kelas , dewan makan . Haha . And kita perlukan sorang kawan yang paling rapat ngan kita untuk sentiasa kat sisi kita saat kita perlukan dia or dia perlukan kita . Lol rasa nak menangis . Tisu ! Tisu !

         Masa malam last dengan form5 tu semua kumpul luar dorm like having 'party' sekejap dengan diorang . Form3 nyanyikan lagu . Form2 nyanyikan lagu . Form4 nyanyikan lagu . But sampai jea turn kitorang Form1 baru nak nyanyikan , alah warden kacau . Suruh semua orang masuk dorm . Hmm jahat :( baru nak nyanyi lagu 'cinta matiku' untuk Form5 . Kitorang semua dah kumpul kat aras 3 dah nak nyanyi then tetibe warden masuk asrama and jerit jerit then lights off . Actually kitorang dah plan nak nyanyi lagu 'memori tercipta' but Form2 dah nyanyi . So punya fikir fikir then tak sempat sebab tu warden dah jerit dulu . Its okay lah :')  

      Siapa yang kakak angkat tahun nie dah menangis dah berpisah . Tahun depan kami pulak siapa kakak angkat yang form4 tahun nie . Sumpah menangis gila masa yang malam abang afiq suruh salam salam F5 tu . Tengok opah peluk kak farahin . Menangis gila dia . Lily yang taiko tak menangis tu pun boleh menangis tengok opah . Wah hebat :') Goodluck untuk spm form5 , kami junior junior ini mendoakan kejayaan akak dan abang . 'Fasya' goodluck ! :D

Sunday, 25 November 2012

Lepak Time :)




      










    Mule mule datang jea dah macam orang gile . Pusing pusing sini sana kat tasik tu tembus plaza shah alam padahal nak pergi kompleks . Dah lah jalan kaki sumpah penat gila lah weh . Mula mula sampai kat plaza shah alam . Mencari tempat bowling , bila dah masuk tempat tu . Saya tanya lah diorang jomlah main , diorang kata alah ramai orang lah . Tak syiok lah . Eh memang lah ramai orang nama pun tempat awam . Nak tunggu takde orang bila nya wahai kawan kawan :3 So keluar lah daripada tempat tu . Nak beli aiskrim mcd tu tapi tutup lagi terus lah kitorang blah pergi kompleks pkns shah alam pulak . Saya ingatkan nak kena jalan ikut tasik tu pusing baru nak sampai kompleks memang taklah masa tu rasa macam kaki semua nak tercabut , tambah pulak dah senak perut nasib baiklah diorang cakap tak payah ikut belakang jea dah nampak kompleks tu . Ni lah nasibnya kalau nak jalan tapi takde budget yea jalan kaki lah kami nak pergi mana mana nasib baik tempatnya berdekatan sahaja kalau macam kl tu mampus dikerjakan . Then dah sampai kompleks . Nampak kedai jam , beli jam sekejap lah . Agak cantik lah , saya punya teddy bear , comel tau :D RM10 jea tak beli mahal mahal pun . save bajet lah katakan . Hehe . 

     Pastu kitorang pergi makan kfc breakfast lah kononnya . Makan rice plate sumpah menyesal ikut diorang nie , dah lah takde sup . Tercekik makan nasi tu . Haih nak jea letak air pepsi dalam nasi tu jadikan kuah , haha nasib baik akal boleh berfikir jauh lagi . Pastu dah makan makan tu kitorang pergi kedai buku . Wani biasalah beli e-pop lah . Saya ngan amirah pulak bukannya nak beli , tapi gayakan buku nak tangkap gambar . Semua benda nak ditangkap gambarnya . Tak paham betul :B Pastu kitorang pergi naik atas cari kedai kasut , tengok tengok sandal ngan kasut sekolah untuk tahun depan , Pakai pvc kan , tak boleh tali dan corak bunga bunga segala dah . Kena suci jea pvc tu . Hmm . Bajet banyak duit jea nak beli semua benda kan . Kalau banyak duit berkepul-kepul dalam tangan boleh cite nie kalau setakat bape hinggit , sekadar tengok jea lah sejuk mata memandang kan ? Hikhiks . Pastu turun beli mcflurry tetiba nampak cool blog depan mata . Woaa menjerit kitorang 'alah tak nampak pun ada benda nie tadi' nak jea campak benda mcflurry tu semata mata nak cool blog . Haha memang gila diorang . Nasib saya ada 'dah dah lain kali jea lagipun membazir kalau nak beli jugak sekarang' pastu jalan jalan kat tasik . Tangkap gambar kat sana pulak . Tengok orang tengah mandi kat wetworld menjerit jerit . Oh jealousnya kami . Rasa cam nak terjun tasik jea masuk free kan tak payah bayar . Haha k lawak tak menjadi eh -.- Posing kat buaian sampai malu dah kat orang orang kat situ . 

     Naik seesaw tiga orang bawak laju laju menjerit sini sana , sumpah tak malu anak dara apa nie . Bapak orang tengok jea kitorang . Takpe pakcik kitorang dah lama tak naik benda alah semua nie , kasi can lah ! Pastu sementara nak tunggu parents datang amik lepas asar kitorang pergi naik kayak . Saya ngan wani jea naik , amirah kata tak nak . Eleh takut ke cik adik oi ? XD Tapi kan sebenarnya saya menyesal naik kayak tu . Memalukan betul naik ngan minah peng tu tak dapat nak kawal pendayung tu terlanggar pokok bakau tu . Kitorang dah nak nangis kat situ camne nak gerak nie , takut buaya . Nasib ada abang bot tu cakap 'ke belakang ke belakang' . Mula mula tak paham ape yang ke belakang pastu rupanya dia suruh dayung ke belakang so benda kayak tu akan berundur . Haha nasib lepas . Pastu terlanggar jaring 2 kali depan orang orang ramai yang datang tasik tu . Sumpah memalukan . Muka dah merah dah *blushing* wani wani , tolonglah camne nie . Camne nie ? Dah tak tahan malu tu saya tolak guna tangan akhirnya bergerak jugak kayak itu dengan usaha saya :p not wani . Pastu terlanggar pulak dekat tempat angsa . Ohmygod saya rasa macam nak menangis melolong semua ada kat situ . Nak balik kenapa tak sampai sampai sampai lagi nie . Dah lah takut angsa kat situ . Ianya besar gila dan boleh terbang . Diorang boleh pulak cakap 'alah , angsa pun takut' . Eee tolonglah . Tak tahan dah langgar langgar kalau tak sempat nak kawal guna paddle tu . Akhirnya sampai jugak . Alhamdulillah bersyukur sangat , bangga gila dah sampai tu . Dah lah seluar pun habis basah lenjun dah boleh mandi tasik tu dah . Sebelum balik beli cool blog haus sangat dan penat sangat mendayung benda sengals tu . Tak nak naik dah , free pun tak nak . Trauma saya ! Saya order Chocolate Blog with No Pearl . Tak suka benda tu tak sedap , dah lah banyak . Pastu makan sikit jea dah muak . Tak boleh blah dengar pekerja tu cakap nak pearl ke nak bubble ? Padahal bendanya sama jea , aku dengan senang hati cakap no pearl bubble . Kahkah dia gelak malu lah tu . Dah lah ada nombor giliran macam hospital nun . Dah lah tak suka menunggu menunggu nie . Blergh :p sabar sabar . Then kami balik rumah masing masing . penat tapi syok ! :D

Friday, 23 November 2012

zaman kegemilangan homesick :)

       Dah nampak tajuk besar saya tu ? hikhik . awal tahun sampai bulan oktober tak silap saya adalah zaman kegemilangan homesick saya :D eh biasa lah tu saya perempuan yang sejati tau , masuk masuk tak kenal sape pun memang lah homesick . Tapi agak lah kan sampai bulan oktober . hekhek biarlah sekarang dah tak homesick dah . Dulu , kat dorm malam malam jea layan perasaan dengan #TeamHomesick sambil bukak lagu ayah dan ibu lah , anak soleh lah pastu mula lah sorang sorang cerita pasal hidup diorang dulu dulu . Eh itu semua akan menjadi kenangan terindah tau untuk kitorang . Tak boleh blaa lah jadi homesick nie . Syok terhabis ! Setiap hari air mata mesti mengalir , siap Amirah Husna nie tiap tiap hari pandang dia punya kalendar yang dah bersiap highlight tarikh balik rumah . Sampai macam tu sekali kan homesick kami :) meraung raung nak balik rumah nak balik rumah ! Lepaskan perasaan homesick dengan tulis macam macam ayat kat katil sampai dah penuh katil tu . macam katil apebenda ntah . haha . atas , bawah penuh . semua katil penuh dengan tulisan , yang baik baik tu jea lah suci lagi . tengok lah Form 1 tahun depan mesti akan rasa jugak homesick nya ! menderita wa cakap lu siapa yang homesick nie sampai boleh menyebabkan ada orang yang pindah . Tapi takpe lek lah homesick nie sekejap jea , jangan pindah tau , nanti menyesal . Sekolah Kusess tu best sebenarnya . Telefon awam ada , call lah setiap hari . Takde sape nak ganggu :B hekhek . Sampai baju aspuri kan ada tulisan I Love Kusess kan . Bila pakai jea mesti ada cakap , Love sangat ke tu ? Haha apelah jealous sangat dengan sekolah nie , homesick punya pasal lah semua nie . Yang paling best time orientasi , memang rindu lah semua tu . Masa orientasi tu memang lah benci gila kan . Tapi sebenarnya best , bayangkan aktiviti yang kita tak boleh nak buat bila kat rumah . Masuk longkang yang busuk tu , baring baring kat lumpur , buat nama kumpulan "Champion" dengan guna daun daun kering , masuk dalam kolam ikan tu berendam , jalan jalan ngan kak ain pergi kawasan rumah warden . Ahh rindunya semua tu :) kalau lah boleh ulang masa balik nak orientasi balik , dulu buat sebab terpaksa sekarang nak buat sebab rela . Kan lain tu kan kan . Hehehe , bye !